"Program Security"
Dalam minggu ke-4, kami telah masuk ke topik yang ke-3 dlm subjek ini iaitu topik Program Security. Dalam topik ini kami mempelajari tentang apa yang dikatakan dengan secure program dan apa yang dikatakan dengan unsecure program. Selain itu kami juga dapat mengetahui jenis-jenis of flaws, jenis-jenis program error dan sebagainya. Program error terbahagi kepada 2 bahagian iaitu 'Malicious' dan 'Non-Malicious'. Diantara contoh2 kod malicious adalah seperti Trojan Horse, Virus, Worm, Bacteria, Logic Comb dan Trap Door(atau Back Door). Dalam topik ini Encik Zaki bnyk menerangkan tentang bagaimana cara virus boleh menyerang PC atau pun data. Selepas mengetahui cara virus bertindak dalam menyerang data saya dapati virus2 ini amat merbahaya terutama sekali apabila ia menyerang data2 yang penting. Oleh itu, Encik Zaki juga menyarankan kami supaya sentiasa sediakan back up yang bnyk untuk data2 yang penting. Terdapat juga virus signature. Selain itu, dalam topik ini juga kami pelajari tentang 'Salami Attack' yang dilakukan oleh Aman Shah iaitu Bank Programmer untuk mendapatkan keuntungan daripada bank yang melibatkan akaun pelanggan. Apa yang diterangkan Encik Zaki, tindakan yang dilakukan oleh Aman Shah adalah beliau mengambil beberapa peratus keuntungan daripada setiap akaun pelanggan dalam sesebuah bank dan hasilnya beliau berjaya membeli kereta Honda dengan bayaran tunai. Ini telah membuatkan helah beliau diketahui umum.hehehe....itu sedikit sebnyk cerita Encik Zaki tentang teori 'Salami Attack'. Sangat menarik untuk menambah pengetahuan kami.

No comments:
Post a Comment